Contest Gadget Impian Peringkat Akhir

Bulan ini pasti bulan yang mendebarkan bagi semua peserta peringkat akhir contest gadget impian yang dianjurkan oleh denaihati. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua yang layak dan berjaya menjadi top 13.

Peringkat saringan, seramai 100 lebih blog yang terpilih termasukla blog saya juga, cuma penyertaan saya sekadar suka-suka aje. memeriahkan lagi pertandingan dan langsung tidak membuat kempen ataupun usaha untuk menambah jumlah markah melalui komen, g plus, tweet, dan like. Apa yang terjadi, saya hanyalah sebagai pemerhati jauh-jauh saja..hehe. Tapi, lebih mengejutkan saya, ada juga yang sudi komen, klik-klik like dan tweet juga g plus. Ramai juga wish good luck dan sebagainya, apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong saya walhal saya telah 'state' di entri bahawa saya join hanya untuk memeriahkan contest sahaja.

Melihat syarat-syarat kelayakan ke final, saya faham bahawa bloggers yang mempunyai 'modal besar' sahaja mampu melangkah ke peringkat akhir. 'Modal besar' tak semestinya wang ringgit, tetapi idea-idea serta usaha yang tinggi untuk berjaya masuk ke final contest gadget impian.
Sambil saya singgah di blog DH, saya juga turut singgah di beberapa blog femes yang turut join pertandingan ini. Ramai juga yang buat contest dan juga giveaway. Bila ingat kembali saat itu, memang meriah sekali dunia blogging yang saya kunjungi. Sana sini contest, giveaway, komen-komen terbaru setiap saat. Bangun pagi, buka blog, rehat tengahari buka blog, balik petang buka blog, malam sebelum tidur buka blog... fikiran pun asyik ingatkan blog,blog dan blog.

Melihat suasana yang penuh meriah, saya juga tidak ketinggalan untuk join contest dan giveaway yang telah dianjurkan. Disamping membantu para bloggers layak ke final, saya juga berusaha untuk menang contest-contest yang dianjurkan. Giveaways plak hanya guna randam sahaja, jadi itu sekadar nasib...kalau ada rezki tak kemana. Antara blog yang saya join contest adalah:

1) Puan bee : contest komen terbanyak ( dpt no.2)
2) Zie Fauzi : contest komen terbanyak dan giveaway (dpt no.1)
3) Blog Arif : contest komen terbanyak (juara)
4) Eyriqazz : contest dan giveaway (menang contest dan giveaway)

dan ada juga blog lain saya sumbangkan point-point, cuma 4 blog diatas memang saya bagi perhatian sehingga contest berakhir. Memang seronok berkampung di blog-blog diatas apatah lagi semuanya berdebar-debar untuk mengetahui blog mana yang layak ke final. Akhirnya tiga blog(1-3) diatas berjaya masuk ke final. Saya ucapkan tahniah dan semoga berjaya mendapat gadget impian yang diimpikan.

Semua hadiah telah pun saya terima dari bloggers diatas dan ucapan terima kasih saya berikan. Semoga ada lagi contest dan giveaway pada masa akan datang. Jemput lah saya nanti ya =)

Sekarang ini, sudah penghujung contest gadget impian...semoga berjaya saya ucapkan kepada puanbee, zie fauzi, dan ariff.

ainun m

Seorang blogger part time yang mempunyai minat menulis sebagai perkongsian bersama. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk ramai orang ^__^. p/s: jika nak komen, sila tekan 'comments' diatas, dibawah tajuk entri. Thanks

1 comments:

Man said...

pada mulanya nak join apa yang dianjurkan oleh DH. Tapi last-last tak join da..

Kena banyak komitmen bila join contest yang hadiahnya besar-besar ni..

 

Copyright @ 2014 ain mataku.