Pening dan Berpusing


Kenapa tiba-tiba rasa pening, kepala sakit dan berpusing-pusing?

Ini adalah situasi saya pada suatu masa dulu..beberapa bulan lepas. Saya tidak tahu puncanya. Cuma, setelah bangun tidur di waktu pagi, kepala pusing berputar-putar. Makin lama makin laju sehingga saya tak dapat mengawal diri. Terus saya rebahkan badan atas katil sambil memegang kepala yang sakit.

Pertama kali pengalaman sakit kepala macam ni memang buat saya panik. Masa tu tak ingat lain dah, saya ingat mati je. Betul. Siapa tak panik kalau tiba-tiba dunia berputar-putar dengan tiba-tiba. Tak boleh nak melaung minta tolong, seolah-olah suara tersekat. Badan terus rasa lemah longlai. Kekuatan hilang serta-merta.

Itu yang terjadi pada suatu ketika dulu. Saya ada jumpa doktor dan katanya penyakit ini namanya vertigo. Selain migrain, vertigo juga penyakit sakit kepala. Doktor ada memberi ubat, tapi saya faham, ubat yang diberi hanyalah ubat penahan. Bukan penadol ya. Ubat tahan sakit vertigo lah.

Balik dari klinik, saya terus google untuk mencari ubat sebenar sakit pening kepala. Banyak juga yang saya jumpa. Apa yang saya baca ada juga relate dengan situasi saya dan ada berbeza. Tapi, bila saya baca dan faham, saya dapati ubat sakit kepala berpusing yang saya alami adalah rehat secukupnya. Saya perlukan rehat disamping penjagaan mata dan telinga dengan baik.

Waktu saya kena sakit ini, saya akui masa tu sangat stress disebabkan kerja yang tak dapat setel dengan baik. Selain tidur, masa saya banyak di depan laptop. Jadi, mata mungkin bermasalah sebab tengok skrin laptop terlalu lama. Kemudian, bila kerja tak dapat setel, saya dengar lagu menggunakan headphone. Maklumla kan, bila dah stress depan laptop, lagu lah penenang jiwa.
Jadi, penggunaan mata dan telinga yang ter'lebih' mungkin juga menyebabkan pening kepala/vertigo. Badan tidak dapat seimbang dengan baik.

Nasihat doktor, saya perlu berehat. Amalkan hidup sihat, makan banyak sayuran dan buahan serta air kosong lapan gelas sehari. Bila tidur, kepala perlu tinggi dari badan. Makan ubat yang diberi (tapi saya tak makan). Bila baca di forum, pengalaman orang lain, katanya ubat juga akan memberi kesan lain walhal pening kepala tak sembuh. Jadi saya agak takut sebab ini first time kena begini, jadi saya ambil alternatif lain. Beli supplement, vitamin dan madu.

Bagi saya, bila tubuh dah lemah, apa penyakit pun senang datang. So, hindari penyakit dengan amalkan hidup sihat. Pening berpusing saya alami tak lama. Lebih kurang dua minggu, tapi bukanlah setiap hari. Ia berlaku hanya di waktu pagi sahaja.

Cara pencegahan adalah, bila bangun pagi, pastikan bangun slow-slow, jangan terlalu cepat untuk bangun. Pastikan kepala tidak berpusing dengan kuat. Kalau nak tengok kiri kanan kena slow sangat. Hindari mata dari cahaya yang terang atau cahaya matahari, jangan guna headphone atau sound yang kuat. Amalkan hidup yang sihat.

Saya ada baca punca vertigo adalah:
  1. Mengalami keletihan fizikal yang melampau
  2. Mengalami masalah serius yang sukar diselesaikan
punca diatas memang tepat dengan situasi saya. Bebanan kerja yang tak tertanggung. Tapi bila dah selesai kerja, Alhamdulillah vertigo pun hilang. Elakkan stress dan hidup bahagia..hehe
p/s: jika rasa urat terlalu tegang, pergilah spa atau urut tradisional

ainun m

Seorang blogger part time yang mempunyai minat menulis sebagai perkongsian bersama. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk ramai orang ^__^. p/s: jika nak komen, sila tekan 'comments' diatas, dibawah tajuk entri. Thanks

6 comments:

puanbee said...

kira cam akk ni sakit vertigo lah yek , sakit betul kepala kalau bangun terkejut tu ..sabar jek lah

ainun said...

@puanbee

mungkin simptom kecik je kak..
elakkan bangun terkejut

Misz_Aimi said...

visit u back =)...
nice info bdw

Denaihati said...

askm. terima kasih berkongsi maklumat ni. nasihat doktor minum 18gelas air, purata minum setiap jam minum air kecuali waktu tidur.

ainun said...

@Denaihati

lapan belas? banyaknya..larat ke nak ke toilet..hehe

ainun said...

@Denaihati

lapan belas? banyaknya..larat ke nak ke toilet..hehe

 

Copyright @ 2014 ain mataku.